Monday, February 7, 2011

Seindah Hiasan ialah Wanita Solehah...(^_^)







PENGERTIAN MAKNA WANITA SOLEHAH?

Pengertian wanita solehah atau dalam bahasa Arabnya itu ialah مرأة صالحة kalimat مرأة itu ialah “Muanath” daripada المرأ iaitu “insanah” seorang perempuan asalnya daripada lelaki dijadikan perempuan itu daripada tulang rusuk lelaki yang kiri disebelah bawah.

Dalil yang menunjukkan bahawa Allah menjadikan perempuan itu daripada lelaki FirmanNya:

يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاء[2]

Ertinya: wahai manusia! Takutilah akan Tuhan yang menjadikan kamu daripada satu diri iaitu Adam dan Allah menjadikan diri yang satu itu seorang perempuan sebagai isteri iaitu Hawa, dan Allah mengurniakan zuriat daripada keduanya itu akan beberapa lelaki dan perempuan yang baik.

Sabda Rasulullah r yang menyaksi bahawa perempuan itu dijadikan daripada tulang rusuk lelaki:

واستوصوا بالنساء خَيراً فإِنهنَّ خُلِقنَ من ضِلَع[3]

Ertinya: Beri pengajaran yang baik kamu dengan segala perempuan itu kerana bahawa mereka dijadikan dari tulang rusuk.

Dan juga disebut dalam Hadis yang lain

خُلِقَتْ حَوَّاءُ مِنْ ضَلْعٍ عَوْجَاءَ

Ertinya: Dijadikan Hawa itu daripada tulang rusuk bengkok.



Sabda Rasulullah:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: إنَّ الدُّنْيَا كُلَّهَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ


Ertinya: Diriwyatkan oleh Abdullah bin Amru bin As, bahawa Rasulullah bersabda sesungguhnya dunia itu mata perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu ialah perempuan yang solehah.









WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....

DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI

SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA

NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.

‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...