Monday, July 15, 2013

~ahlen ya Ramadhan~


                                            
 
~ SALAM RAMADAN KAREEM ~
 
R ~ Ramadhan yang dirindu rindukan
A ~ Akan hadir membawa seribu rahmat sejuta berkat
M ~ Membersih hati dalam meraih Cinta Yang Maha Pencipta
A ~ Allahu Rabbi ya Rahman ya Rahim
D ~ Datangkan kepada kami hari yang dirindu rindukan
H ~ Hilangkan kegundahan hati kami saat tibanya hari penuh kemuliaan
A ~ Alihkan kesibukan hati kami dari dunia penuh tipuan
N ~ Naungilah zahir batin kami dengan cahaya rahmat dan kasih sayang-Mu.
 
 
 ~Perkara Terpenting di Bulan Ramadhan...~

Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa'di rahimahullah berkata;

إذا دعوت الله أن يبلغك رمضان فلا تنس أن تدعوه أن يبارك لك فيه، فليس الشأن في بلوغه.

"Jika engkau berdoa kepada ALLAH agar bertemu dgn bulan Ramadhan maka janganlah lupa untuk berdoa pula kepada ALLAH agar ALLAH memberkahimu di bulan Ramadhan. Bukanlah perkara terpenting pertemuan dgn bulan ramadhan (akan tetapi yg utama adalah mengisi bulan tersebut dgn keberkahan)"

Ibnu Rojab rahimahullah menyebutkan bahawasanya para salaf dahulu setengah tahun berdoa agar bertemu dgn bulan ramadhan agar mereka berkesempatan beribadah di bulan mulia tersebut, dan mereka juga berdoa setengah tahun agar ALLAH menerima ibadah yg mereka lakukan selama bulan ramadhan"
Janganlah menjadikan ramadhan sebagai sekadar rutin tahunan akan tetapi hadirkan dalam hati keinginan mendapatkan pahala dan ampunan dari ALLAH...

Nabi SAW bersabda :

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

"Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan BERHARAP (pahala dan ampunan) maka nescaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yg telah lalu"
 
 
~Jom azam untuk Ramadhan kali ini kita lakukan yang terbaik berbanding tahun sebelumnya, kerana belum pasti kita akan dapat menemui ramadhan pada tahun-tahun hadapan. Mari kita isikan hari-hari dalam bulan ramadhan dengan membaca al-Quran sebagai alternatif amal untuk kita mencapai keampunan Allah. Semoga kita sentiasa terdiri dari golongan-golongan orang yang beriman..Kita jadikan ramadhan kali ini yang terbaik pernah kita temui dan lalui. Kita penuhi ramadhan dengan amalan kebaikan, cahaya keberkatan dalam diri. InsyaAllah...
~Salam Ramadhan Kareem.. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik daripada sebelumnya..Maaf atas segala kekhilafan diri ini..

~Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan.. ♥♥♥

 

 

Friday, March 29, 2013

~ Syeikh Habib Umar fil Mazar ~



~Salam sayyidul ayyam...jum'ah mubarokah..~
~Jumaat yang indah ♥
~Sempat melihat wajah Syeikh Habib Umar di Makam Syuhada' di Mazar
dan Ma'rikah Mu'tah ♥
~Alhamdulillah a'la kulli hal
~sollua'lannabiyyuna Muhammad~


 
 ya ALLAH..sejuk mata memandang...


 


Alhamdulillah..diberi kesempatan bertemu dgn habib umar cucu baginda Rasulullah s.a.w..

Melihat peribadi mereka,sungguh..ada peribadi Rasulullah..sejuk mata memandang..hati menjadi tenang..terasa zuqq di situ..kalau bersama mereka pun terasa zuqnya apatah lagi jika b'sama Rasulullah s.a.w....subhanallah..alhamdulillah..allahuakhbar...!!  ~
sollua'lannabiy..~
 
'Allahumma inni as aluka hubbaka wahubbak, wamayyuhibbuka wal'amalullazi yuballighuni hubak.'



~Rehlah Tahunan Habib Umar Ben Hafiz....~



~ menziarahi makam Syuhada Mu'tah...~



Thursday, March 21, 2013

~ Bumi syam, Syria...dalam ingatan ~


 abu nour (tempat pengajian ku di syria)





  
 Saf solat dlm Jamic Abu Nour Damascus, di sini berkumpulnya ahli Ilmu



makam arbain


 pemandangan ardu syam, syria



 
 damascus ,syria


 
 mahal farruj makiyyah wasyawarma..berhampiran bayt
AsqOlani (rumah sewaku di syria)




 suq jum'ah..lps kelas slalu jln2 sini sblum balik rumah..rindunya..!!


aiskrim tumbuk..fi suq hamidi..nyum2


roti yg menjadi pilihan di suq jum'ah lps pulang dr daurah..pelanggan tetap..hihi
 


kelasku di abu nour...rindunya kenangan ni
 



jalan2




 ukhwah fillah


Sunday, March 10, 2013

Muslimah, 
pabila teruna memandang dikau, kau tunduk mengelak panah syaitan, pabila teruna mendekati selangkah, dikau berundur beribu langkah, pabila teruna memujuk rayu, dikau anggap itulah kalimah iblis, pabila teruna menutur harapan indah, dikau yakin janjiNYA lebih bahagia disana, kerana kau mengerti & menyedari akan erti maruah peribadi sejati, yg diselaputi iman yg hakiki, tidak semurah itu..
indahnya hidup ini andai melayarinya dgn bernaungkn keredhaan Allah, bertunjangkn ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. sesungguhnya, wanita solehah menjadi dambaan setiap insan soleh. 
~ Tak perlu jadi berlian, tak perlu jadi mutiara, tak perlu jadi bulan dan bintang. Jadilah wanita solehah, itu melebihi segala isi di langit dan di bumi.~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...