Tuesday, October 25, 2011

JOm Usrah..


Usrah Nadi Terkecil

Sesungguhnya perjalanan meniti saki-baki kehidupan sememangnya mencabar, dan memerlukan kekuatan dan keteguhan iman. Maksud ayat Al-Qur'an: Dan tidak aku jadikan jin dan manusia ini melainkan untuk beribadat. Menjadi tuntutan dan taklifan pada kita untuk mengawasi tingkah laku kita, agar setiap gerak-geri kita adalah ibadat kepada Rabbul Jalil.

Tuntutan untuk beribadat kepada Allah bukanlah tugas yang mudah dan bukan juga tugas yang payah lagi memberatkan, kerana sesungguhnya Allah berfirman dalam Al-Qur'an, mafhumnya: Dan tidaklah aku jadikan dalam perkara agama ini satu kepayahan.

Namun lantaran keadaan dan situasi yang melanda, dengan pelbagai serangan fikiran daripada musuh Dinullah sama ada jin mahupun manusia, maka kita lihat hari ini urusan agama Allah terasakan berat dan seribu satu kepayahan padanya. Lantaran jiwa, fikiran dan persekitaran telah dikuasai oleh sejuta satu maksiat, maka Islam yang indah menjadi hodoh. Justeru, berjayalah orang-orang yang mensucikan dirinya dengan mujahadah seperti mana firman Allah dalam ayat 9 surah as-Syams, dan beruntunglah orang-orang yang membantu agama Allah kerana Allah menjanjikan magfirah atas segala jihad di jalan Allah.

Maka dengan ini usrah merupakan nadi terkecil yang dapat membantu manusia meningkatkan iman dan pengetahuan mereka di samping menggerak masyarakat sekitar untuk sama-sama menghayati Islam. Bertapa penting Dinullah untuk diketahui, difahami dan dihayati serta diamalkan dan seterusnya disebarkan, begitulah pentingnya usrah, kerana ia merupakan wasilah untuk memahami Islam dan qadiyah semasa dan diamalkan seterusnya di sebarkan.


Kepentingan usrah ini tidak dinafikan lagi kerana apabila kita lihat pada awal perjuangan Rasulullah s.a.w., baginda sangat mengambil berat tentang usrah di samping baginda berjalan dalam keadaan yang sirri (senyap). Ini dapat dilihat apabila Rasulullah memilih bait Arqam bin Arqam sebagai tempat usrah. Arqam ini seorang budak kecil yang memang tidak dijangka oleh orang kafir bahawa Rasulullah melaksanakan usrah di rumahnya. Kita lihat ini satu taktik atau sirriah yang dibuat oleh baginda.

Kepentingan usrah ini jelas lagi bilamana pejuang-pejuang Islam sebelum kita melihat proses usrah yang dibuat oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Apabila kita membaca perjalanan usrahnya, kita dapati beliau sangat mengambil berat terhadap anak buahnya. Boleh dikatakan beliau akan bertemu dengan anak buahnya setiap hari walaupun cuma beberapa minit, tidak kira malam, pagi-pagi buta, atau sebagainya kerana prinsip beliau yang amat penting sekali sekadar bertemu mata antara dengan anak buah akan menimbulkan rasa ukhuwah dan semangat yang kuat dalam berjuang. Proses seperti inilah yang harus kita ambil contoh dalam kita mengendalikan perjalanan usrah...




Monday, October 17, 2011

Halawatul Iman...


Iman dari segi bahasa bermaksud percaya..Pada istilahnya yang membawa maksud membenarkan di hati, mengakui dengan lidah, dan beramal dengan lidah.

Manisnya iman bukan seperti gula-gula atau manisan. Manis iman bukan seperti ais kacang atau air tebu. Kerana manis iman bukan dirasai oleh anggota zahir tetapi roh. Kerana manis makanan dan minuman kita suka, gembira dan ketawa. Tetapi manis iman......

Apa perasaan kita apabila berdiri tegak menghadap Allah Taala?
Apa rasa kita apabila rukuk, sujud di hadapan Allah Yang Maha Agung?
Apa respon kita apabila mengungkap di bibir dan meneliti di aqal satu persatu surah Al-Fatihah?

Bagaimana kita membaca al-Quran?
Tahukah kita makna dan maksud apa yang sedang kita bacakan?

Apa perasaan kita apabila membaca atau diceritakan sirah Rasulullah s.a.w. kepada kita?
Tika baginda ditimpa penghinaan, kesusahan, fitnah, celaan ?
Tika senda gurau baginda s.a.w. dengan keluarga dan para sahabat ?

Hanya mereka yang benar-benar memahami dan menghayati sahaja dapat membayangi apa yang mereka sedang lakukan (baca, dengar, tadabbur, fikir, yakini, amal, sampaikan).
Dari situlah akan timbul rasa manisnya iman. Walau kadangkala rasanya sering bertukar-tukar - pahit, masin, kelat, masam, tawar. Tatkala hilang manis itu sukar sungguh mencarinya semula. Terpaksa berperang. Terpaksa berdiam. Terpaksa menyendiri seketika. Kerana rasa manisnya iman itu lazat.


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)


Kepentingan iman dalam kehidupan seorang Muslim ialah membentuk insan muslim sejati, supaya istiqamah dalam ibadat, melahirkan generasi berakhlak mulia...

Bagaimanakah iman kita??adakah semanis gula-gula??adakah sempurna??fikir2kan lah..
Selamat beramal....mOga kita istiqomah dalam setiap amalan kita..insyaALLAH...(^_^)

Sunday, October 16, 2011

Wanita Solehah...



Rasulullah SAW, bersabda “Dunia adalah kesenangan sementara. Dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita (istri) shalihah.” (HR.Muslim)

Wanita Solehah adalah pilihan Allah di dunia ini. Sifat-sifat mereka telah dipuji oleh Allah di dalam firman-Nya. “Sesungguhnya lelaki dan wanita yang muslim, lelaki dan wanita yg mukmin, lelaki dan wanita yang taat, lelaki dan wanita yang khusyu’, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak meyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:35)

Rasulullah SAW. bersabda, “Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan masuk surga sebelum orang yang terbaik di kalangan lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suaminya diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil. Mereka seperti batu permata yang berkilauan.” (Abu Syaikh)

Wanita solehah adalah anugerah yang luar biasa dari Allah. Rasulullah SAW. bersabda, “Diantara kebahagiaan anak adam, terdapat di dalam tiga hal, yaitu: wanita yang salihah, rumah yang baik dan kendaraan yang baik.” (ahmad). Sabda beliau yang lainnya,“Barang siapa diberi rezeki olehAllah seorang wanita yang salihah, maka Allah telah menolong separuh imannya. Karenanya bertakwalah kepada Allah untuk separuh yang lainnya.”(Thabrani, Hakim)

Demikian mulia seorang wanita solehah sehingga Abu Sulaiman Ad-Darani rah.a berpendapat, “Istri yang solehah bukan termasuk dunia kerana istri itu menjadikanmu tempat (beramal demi) akhirat”. Dan Muhammad bin Kaab berkata mengenai firman Allah,“Wahai rabb kami, berikanlah kami kebaikan di dunia.” (Al-Baqarah:201), bahwa itu adalah istri yang salihah.

Imam Dailami rah.a meriwayatkan bahwa wanita solehah akan di sebut-sebut oleh ahli langit sebagai ’syahidah’. Dan mereka sangat dirindukan oleh penduduk bumi dan langit. Bahkan ikan2 di lautan pun dengan senang hati mendoakan rahmat dan magfirah bagi mereka.


Saturday, October 15, 2011

Surah Yusuf Ayat 103-108



"Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau sangat menginginkannya.Dan engkau tidak meminta balasan apa pun kepada mereka (terhadap seruanmu ini) , sebab (seruan) itu adalah pengajaran bagi seluruh alam.Dan berapa banyak tanda (kebesaran ALLAH) di langit dan di bumi yang mereka lalui namun mereka berpaling darinya.Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada ALLAH , bahkan mempersekutukan-NYA. Apakah mereka merasakan aman dari kedatangan siksa ALLAH yang meliputi mereka , atau kedatangan hari Kiamat kepada mereka secara mendadak , sedang mereka tidak menyedarinya? . Katakanlah (Muhammad) 'Inilah jalanku , aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada ALLAH dengan YAKIN , Mahasuci ALLAH dan aku tidak termasuk dalam golongan orang yang Musyrik".

(Yusuf:103-108)

Sedikit tadabbur.

Ayat-ayat ini merupakan pujukan kepada golongan pendakwah dan penyeru. Pendakwah ini bukanlah dimaksudkan mereka yang mengambil kursus sarjana atau diploma dalam bidang dakwah di kolej mahupun universiti. Juga bukanlah golongan yang telah mendapat tauliah dari badan-badan kerajaan atau jabatan agama negeri sebagai pendakwah bebas. Juga tidak terbatas kepada golongan-golongan ustaz dan ustazah sahaja.

Mungkin anda hanya pelajar biasa sahaja. Tidak menyambung pengajian dalam bidang agama. Mungkin bidang yang diceburi adalah perusahaan , undang-undang , farmasi , perubatan dan sebagainya. Atau mungkin anda hanya seorang pekerja biasa di mana-mana syarikat.

Tapi anda di beri hidayah oleh ALLAH untuk merasakan kondisi masyarakat yang semakin parah. Lalu ALLAH campakkan kesedaran di hati untuk cuba membantu melaksanakan perubahan dan pembaikan di dalam masyarakat.

Meskipun usaha anda , anda rasa kecil. Misalnya mengajak teman serumah solah berjemaah. Atau mengajak teman sekerja berpuasa sunat atau menghadiri kuliah di surau. Atau menegur perbuatan maksiat teman anda secara berhikmah. Inshaallah jika niatnya bersih kerana ALLAH dan ingin melihat lahir satu generasi yang lebih baik. Anda adalah pendakwah. Inshaallah usaha kecil itu pasti diganjari.

Jadi , ayat 103-107 ini ALLAH tujukan untuk anda. Ianya merupakan motivasi dan bekalan berharga buat anda. Kerana hati manusia mudah bersedih dan bertukar arah apabila berdepan dengan ujian. Dalam ayat-ayat ini ALLAH menekankan tugas kita hanya menyampaikan. Menyeru , memimpin dan berusaha. Sekiranya ajakan anda di tolak atau tidak berhasil , jangan bersedih kerana urusan hati adalah milik ALLAH SWT.

Di ayat 108 ALLAH mengesyorkan agar kita terus yakin akan jalan yang kita pilih ini. Sememangnya mengajak manusia kembali kepada Islam bukanlah tugas mudah.Ianya tidak semudah berkata-kata atau menulis blog . Ia memerlukan pengorbanan masa , tenaga , waktu tidur , wang ringgit dan sebagainya.Sememangnya sukar dan keyakinan adalah bekalan penting untuk memastikan kita terus kekal tanpa jemu meski berhadapan duri cubaan yang sukar ini.

Wallahualam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...