Wednesday, July 13, 2011

Seminar Pendidikan Antarabangsa


Jamiah Urduniah, Amman - 11 Julai 2011- Seminar Pendidikan Antarabangsa adalah program yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Education Malaysian Jordan (EMJ). Seramai 47 orang daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA) menyertai program ini yang dijalankan selama sehari. Turut serta, Tuan Presiden PERMATA, saudara Mohd Nazri Bin Mat Yasin bersama pimpinan yang lain.



Bermula jam 10pagi , semua peserta mendaftarkan diri dan masuk ke dalam dewan. Seterusnya program bermula dengan pembentangan “The 3RD International Conference On Arab –Malaysian Islmaic Global Business And Entrepreneurship”. Program ini dihadiri oleh doktor-doktor, pensyarah-pensyarah dari Malaysia serta mahasiwa mahasiswi dari setiap mantiqah di Jordan.



Pada jam 2ptg pula, bermula sesi petang iaitu pembentangan dari kalangan pensyarah dari Malaysia pada peringkat Phd. Para peserta diberi kesempatan untuk mengajukan soalan yang berkaitan jika terdapat sebarang persoalan dan kemusykilan. Para peserta memperolehi banyak maklumat, manfaat dan input -input yang berguna pada sesi pembentangan tersebut. Seminar pendidikan berakhir pada jam 5petang. Para peserta bersurai dan pulang ke mantiqah masing-masing dengan harapan program seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan.


Terima kasih di ucapkan pada pihak yang terlibat dan tidak dilupakan ribuan terima kasih kepada mahasiswa mahasiswi Mu’tah yang melibatkan diri.


“KELUARGA PERMATA INSPIRASI BERSAMA”




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...