Saturday, June 26, 2010

Jejaka Kacak Yang Perlu Dicari....




Inilah jejaka yang perlu di cari..
Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat nanti, di hadapan Allah s.w.t tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada al-Quran, bukan nabi, bukan malaikat dan sebagainya.”

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan di terima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat mungkar dan nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: “Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya ke syurga!” selepas itu, dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: “Akulah al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadangkala dengan suara perlahan dan kadangkala dengan suara yang kuat.” “Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan mungkar dan nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi.”
Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat al-Quran, tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu, kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu akan memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu didunia. Allah telah menjadikan al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Wallahua’lam.

selawat~

Renungan Buat Muslimah....



Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.
Betapa bertuahnya menjadi wanita.
bersyukurlah kerana menjadi wanita.


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang daripada lelaki.

2. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.

3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.

4. Sabda Rasulullah S.A.W,"Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga.

5. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

6. Apabila kedua orang ibu bapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

7. Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

8. Tidak akan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang wanita yang siang malamnya menggembirakan suaminya.

9. Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

10. Wanita Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dia dari mana2 pintu yang dia sukai tanpa dihisab.


Renungan buat semua umat Islam terutamnya muslimah. (^_^)





Monday, June 21, 2010

GeLagat AbdUL Haseeb...




SepUpuku yg cOmeii...AbdUL HaseeB....

time ni baru 62 hari...kira 2 bulan la..


diam jer bila didukung...he3



nyenyak dibUai mimpi....zzZzz...



sUka je bila nk ambil gambo die...



cOmelnyer dia....










Hari YaNg BeRmaKna....




khas sy buat utk.....speciaL....:)
cantikk x??angkat bakul sendiri plk ye...he3












sempat tgkap gmbar 3 jer hantarannyer....ada lg ni....serba hijau gitu...sapa nk tempah bleh jer...hehe...hantaran ni sy buat khas utk my brOther....:)
mOga hidUpmu diberkati sLalu...jgn lupa adikmu ni ye...huhu...







Saturday, June 19, 2010

TITLE ORANG SOLEH







Alangkah beruntungnya jika kita menggunakan umur panjang yang dikurniakan dengan melakukan kebajikan dan amal soleh tanpa merasa terpaksa.

sabda Rasulullah SAW:

"sebaik-baik kamu ialah orang yang dianugerahi umur panjang dan baik pula amalannya."


Kita harus tahu, sekiranya umur kita yang panjang ini digunakan dengan melakukan amal soleh sebanyak yang mungkin, maka Allah SWT akan menaikkan darjat kita ke peringkat yang lebih mulia di sisi-Nya kerana perbuatan yang baik atau amal soleh boleh menghapuskan dosa-dosa yang kita pernah lakukan sebelum ini.

Walaupun kita dipenuhi dengan azam dan tekad untuk membuat perubahan yang positif dalam diri, kita tak boleh berasa terlalu yakin bahawa kita akan berjaya.. Sebenarnya, ada benda lebih dari situ, iaitu memohon pertolongan Allah SWT supaya kita diberikan petunjuk kearah usaha murni yang kita lakukan.

Umur merupakan pelaburan yang paling besar dan menguntungkan. Pelaburan ini yang menjadi asas modal untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Kesemua ibadat-ibadat wajib mestilah kita utamakan dahulu dan JANGAN BERLENGAH. Segeralah melakukannya sebab sikap suka melengah lengah ni sikap orang yang negatif, yang gagal dalam hidup, sama seperti gagal dalam mendapatkan TITLE orang soleh. Jika dalam umur kita yang singkat ini sering kita buat penanguhan, kealpaan dan kelalaian, alangkah ruginya kita di hari pengiraan amal nanti.

ketika itu lah baru timbul kesal yang tidak terhitung, tapi penyesalan tu tiada gunanya lagi sebab hidup kita hanya sekali di dunia- mengulangi semula atau membaiki diri sekali lagi adalah mustahil ketika itu..

Bersungguh-sungguh lah untuk menjadi seorang yang soleh. InsyaAllah, Allah akan membantu anda..

"dan orang-orang yang bersungguh sungguh (berjuang untuk mencapai keredhaan Kami), nescaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, Dan sesungguhnya Allah bersama orang -orang yang berbuat baik (beramal soleh)."
Al-Ankabut:69

Friday, June 4, 2010

SIFAT ORANG MUKMIN...


1)Orang Mukmin itu:
Jika melihat, dia mengambil pelajaran;
Jika berbicara,dia berzikir ;
jika kaya, dia bersyukur;
dan Jika ditimpa musibah dia bersabar.

2)Orang Mukmin itu:
Kegembiraan orang Mukmin terlihat diwajahnya, sedangkan kesedihannya tersimpan di hatinya.
Dadanya paling lapang (sabar) dan merasa dirinya paling hina.
Dia tidak menyukai kedudukan dan membenci reputasi.
Panjang kesedihannya. Jauh pikirannya.
Banyak diamnya.Sibuk waktunya.
Banyak bersyukur dan bersahabat. Tenggelam dalam pikirannya. Berpegang teguh pada kesetiakawanan.
Mudah perangainya. Penurut.
Jiwanya lebih keras daripada batu api, sementara dia lebih (merasa) hina daripada seorang budak.

3) Orang Mukmin itu:
Hanya mempunyai 3 (tiga) waktu, yaitu :
Waktu dia bermunajat kepada Tuhannya,
Waktu mencari penghidupannya (bekerja),
dan Waktu dia menikmati kesenangan dirinya (dalam hal-hal yang dihalalkan dan baik).


(Kata-Kata Mutiara Amirul Mukminin Imam Ali ibn Abi Thalib as)

10 Panggilan Bumi


A color image of Earth as seen from Apollo 17.


Bahawasanya bumi ini setiap hari memanggil insan dengan 10 panggilan:

1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku akhirnya kamu akan kembali ke dalam perutku.
2. Kamu melakukan maksiat di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.
3. Kamu bergurau di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.
4. Kamu memakan makanan yang haram di atas perutku, nanti mayat kamu akan dimakan oleh ulat di dalamnya nanti.
5. Kamu bergembira di atas belakangku, nanti kamu akan merasa susah di dalam perutku.
6. Kamu sombong dalam kehidupanmu di atas belakangku, tetapi kamu akan hina di dalam perutku.
7. Kamu berjalan di dalam cahaya di atas belakangku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.
8. Kamu mengumpul barang yang haram di atasku, tetapi kamu akan hancur di dalam perutku.
9. Kamu berjalan dengan sukaria di dalam kehidupan duniamu, tetapi kamu akan jatuh kesedihan di dalam perutku.
10. Kamu berjalan untuk berjemaah di atas belakangku, akan tetapi kamu akan bersendirian di dalam perutku."

indahnya saat bermuhasabah.....
salam ukhuwah....
sama2 kita ambil peringatan..insyaAllah..mudah-mudahan dgn lembaran ini ada hati-hati yang dipilih Allah untuk merasai nikmat hidayahNya...=)


Thursday, June 3, 2010

Serangan Israel terhadap Konvoi Flottila merupakan jenayah kemanusiaan



Serangan Israel terhadap Konvoi Flottila merupakan jenayah kemanusiaan





Jumaat, 04/06/2010 – Dengan perasaan marah dan cemas yang mendalam, pagi ini, saya telah mendengar khabar tragis tentang pembunuhan aktivis keamanan, lelaki dan wanita, anggota masyarakat awam yang belayar ke Semenanjung Gaza untuk memecahkan pengepungan oleh Tentera Zioni- Israel. Serangan terhadap armada ‘Freedom’ – yang belayar jauh dari Cyprus beberapa hari lalu dengan membawa bantuan kemanusiaan seperti makanan, simen untuk pembinaan semula Gaza setelah serangan Israel “Cast Lead” pada tahun 2009 – berlaku di tengah laut terbuka antarabangsa dan merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan melanggar hak asasi manusia.

Israel sekali lagi menunjukkan bahawa satu-satunya tindakan yang boleh digunakan mereka hanyalah ketenteraan, sombong mengatasi undang-undang Antarabangsa, dan sedar mustahil bagi mereka untuk dihukum. Hujah bahawa dunia ingin membantu Hamas adalah masuk akal: yang terus dihukum adalah penduduk Gaza, dan semua orang Palestin melalui pendudukan tentera dan pengepungan, mereka bertanggung jawab untuk melindungi Palestin. Penulis Israel, David Grossman pernah berkata sewaktu demonstrasi menentang perobohan rumah rakyat Palestin oleh penduduk Israel di Syaikh Jarrah, Baitulmuqaddis Timur, bahawa Israel sekarang seperti “tanaman karnivor”, bahkan kini terpaksa makan dirinya sendiri.

Masyarakat antarabangsa harus mengambil pendirian yang tegas terhadap pembunuhan beramai-ramai warga awam yang dilakukan oleh Israel ini, dan tidak hanya bergantung kepada undang-undang antarabangsa sahaja bahkan harus bangkit menentang kebencian, keganasan, dan pelanggaran undang-undang dan kemanusiaan oleh Regim Zionis itu. Mereka juga harus terus konsisten menentang pengepungan Gaza sehingga wilayah terbabit kembali merdeka kerana tindakan ketenteraan regim terbabit tidak akan membawa sebarang erti kebebasan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : syed


Pesawat bawa mangsa korban Flotilla Gaza berlepas



Rejim Zionis memaklumkan bahawa 5 buah pesawat telah berlepas menuju Turki dan Greece dengan membawa jenazah/ mayat 9 orang mangsa yang terkorban semasa tentera rejim Zionis menyerang kapal-kapal konvoi ke Gaza (flotilla Gaza).

Menteri Dalam Negeri rejim Zionis mengesahkan bahawa pesawat-pesawat itu turut membawa 503 orang aktivis flotilla Gaza untuk dihantar pulang.

Menurut seorang jurucakap, Sabine Haddad, sebuah pesawat lagi akan berlepas kemudian. Sementara itu, aktivis-aktivis yang dihantar pulang ke UK dan Ireland memberitahu bagaimana mereka ditembak bertubi-tubi di merata-rata tempat. Wanita-wanita yang menaiki flotilla Gaza itu pula dibelasah oleh tentera rejim Zionis.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : salwa





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...