Saturday, June 19, 2010

TITLE ORANG SOLEH







Alangkah beruntungnya jika kita menggunakan umur panjang yang dikurniakan dengan melakukan kebajikan dan amal soleh tanpa merasa terpaksa.

sabda Rasulullah SAW:

"sebaik-baik kamu ialah orang yang dianugerahi umur panjang dan baik pula amalannya."


Kita harus tahu, sekiranya umur kita yang panjang ini digunakan dengan melakukan amal soleh sebanyak yang mungkin, maka Allah SWT akan menaikkan darjat kita ke peringkat yang lebih mulia di sisi-Nya kerana perbuatan yang baik atau amal soleh boleh menghapuskan dosa-dosa yang kita pernah lakukan sebelum ini.

Walaupun kita dipenuhi dengan azam dan tekad untuk membuat perubahan yang positif dalam diri, kita tak boleh berasa terlalu yakin bahawa kita akan berjaya.. Sebenarnya, ada benda lebih dari situ, iaitu memohon pertolongan Allah SWT supaya kita diberikan petunjuk kearah usaha murni yang kita lakukan.

Umur merupakan pelaburan yang paling besar dan menguntungkan. Pelaburan ini yang menjadi asas modal untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Kesemua ibadat-ibadat wajib mestilah kita utamakan dahulu dan JANGAN BERLENGAH. Segeralah melakukannya sebab sikap suka melengah lengah ni sikap orang yang negatif, yang gagal dalam hidup, sama seperti gagal dalam mendapatkan TITLE orang soleh. Jika dalam umur kita yang singkat ini sering kita buat penanguhan, kealpaan dan kelalaian, alangkah ruginya kita di hari pengiraan amal nanti.

ketika itu lah baru timbul kesal yang tidak terhitung, tapi penyesalan tu tiada gunanya lagi sebab hidup kita hanya sekali di dunia- mengulangi semula atau membaiki diri sekali lagi adalah mustahil ketika itu..

Bersungguh-sungguh lah untuk menjadi seorang yang soleh. InsyaAllah, Allah akan membantu anda..

"dan orang-orang yang bersungguh sungguh (berjuang untuk mencapai keredhaan Kami), nescaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, Dan sesungguhnya Allah bersama orang -orang yang berbuat baik (beramal soleh)."
Al-Ankabut:69

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...