Friday, October 26, 2012

~aidiladha 1433~

~ Alhamdulillah a'la kulli hal wan ni'mah, di beri peluang untuk beraya aidiladha kali ke3 di bumi urdun bersama adik2..sepupu sepapat..sahabat handai,,syukur ila ALLAH ~  Manisnya ukhwah..Ukhwah fillah..ila Jannah..

~
eidul adha el-mubarak jamiia'n~

~Kullu Am Wa Antum Bikheir...Taqaballahu Minna Wa Minkum..~

Saturday, October 13, 2012

SURAH AL-ANKABUT AYAT 2-3



 

KENAPA AKU DI UJI...?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
  
" ....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki.... " [BQ]
*Apabila segala yang terjadi bukan seperti yang diimpi,
ketahuilah bahawa Allah sedang mengatur sesuatu utk kita..

*kadang2, Allah tak beri apa yang kita minta,
tapi Dia beri apa yang dirasakan terbaik buat kita!

#mungkinkah segala impian hnya akan tinggal kenangan?? wallahua'lam.
segalanya menjadi rahsia di dlm rahsia2 Allah..

-ikut apa yang Allah sedang aturkan, jgn mengeluh..
~Subhanallah..AlhamdUlillah...Allahuakhbar..~
 

Thursday, October 11, 2012

~SeNYum kan maniisss..~



Hidup bagaikan melihat cermin.. Setiap kali kita HULURKAN SENYUMAN, setiap kali
itu juga DIBALAS..

P/s: SENYUMLAH SEIKHLASNYA hari ini.. Andai tidak menjadi UBAT pada KELUKAAN di dalam HATI sendiri, mungkin senyuman itu mampu menjadi PENAWAR pada KESAKITAN yang melanda HATI yang LAIN pula.. InsyaALlah...~


TERSENYUM ketika BERTEMU SAUDARAMU adalah IBADAH..
(HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)


SENYUM SOKMO DEH...(^_________^)

Wednesday, October 10, 2012

~niat lillahi taala~



 

"Ramai berlumba-lumba nak jadi ‘SOLEH SOLEHAH’
tapi sayang, niat bukan kerana ALLAH,
tetapi niat semata-mata untuk mendapat pasangan yang ‘SOLEH SOLEHAH’..

Ruginya kita...
kerana dunia, kita berubah..
kerana dunia, kita usaha..
kerana dunia, kita berkorban tapi tidak bertunjangkan Lillahi Ta’ala..

Alangkah ruginya kita kerana tidak berusaha untuk cuba rasai nikmat CINTA ALLAH..
Tetapi hanya cinta makhluknya yang kita dambakan..
Rugi, serugi, ruginya..!

Muhasabah bersama..

:: Betulkan niat hanya kerana ALLAH ::

Monday, October 8, 2012

~menCaRi rEDHaNya..~

 Biar kepahitan itu pergi.. agar kemanisan mengisi..biarkan kekecewaan berlalu.. agar kegembiraan mewarnai..biarkan kegelisahan lenyap.. jangan kita hilang semangat..biar penderitaan itu menyapa.. agar kekuatan kita jana semula..
biarkanlah diri ini derita.. agar aku tahu kepahitan derita ini..agar aku sedar kesengsaraan ini..tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah s.a.w..
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya..tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri..cahaya kelam pahala dosa..berupaya memilihnya..walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu..namun peluang dari-Nya sentiasa ada..namun kasih dari-Nya sentiasa memaungi..diturunkan ad-din mmperhalusi akal..dianugerahkan akal memperhalusi akhlak..dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti..menjadi sebaik-baik umat.. tunduk sebagai hamba..berjalan sebagai khalifah..menyusuri kehidupan mencari sebutir permata " iman " ..menyemai sepohon " taqwa " ..agar dapat berteduh dari kepanasan " nafsu " ..agar dapat berlindung dari angin hasutan" syaitan " ..dalam mencari " KEREDHAAN ALLAH S.W.T " .. aamin  ♥

Sunday, October 7, 2012

~kiSah tUdUng labUhkU~

 
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku ke hadrat Ilahi, sungguh rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya Allah.
Aku seorang pelajar di sebuah IPTA, di Sabah. Sebagai seorang pelajar semester 1, terasa kecil diri ini, dan diwajibkan mendiami asrama dan memaksa aku untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah, menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah mengikut jadual yang telah disusun oleh AJK asrama. Bagi muslimah yang dalam keadaan uzur, terpaksa juga turun, dan mendengar usrah.

Kisah ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat manis bertudung labuh, sejuk mata memandang. Dia masuk ke masjid melalui pintu utama muslimah, aku terpegun seketika. Ya Allah, mungkinkah begini rupa bidadari syurgawi? Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang menutup aurat ala kadar sahaja. Pernah terdetik ingin menggunakan tudung labuh suatu masa dulu tapi kerana ingin ikut trend shawl, pashmina ala hana tajima, niat itu terkubur.

Balik dari solat berjemaah malam itu, aku berazam suatu hari nanti aku pasti akan menutup aurat sepenuhnya. InsyaAllah. Dan sungguh, betul lah orang kata, bila niat kita baik, pasti Allah SWT akan tolong dan bila kita ingin jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik untuk kita. Its true!
Seperti rancangan Allah yang Maha Bijaksana, setiap hari Jumaat aku akan ‘ stayout ‘ ke rumah kakak ku berdekatan IPTA. Sambil mengisi masa cutiku bersama anak buah yang baru dilahirkan, aku dapat menjimatkan belanja. Sambil menyelam, minum air. Hehe. Tapi itu bukan lah persoalannya. Kakak ku seorang muslimah yang juga menggunakan tudung labuh. Suatu hari, dia keluar bersama suaminya untuk membeli barang dapur dan meminta aku untuk menjaga anaknya. Semasa sedang menidurkan anak kecil itu, mataku terpana pada sehelai tudung labuh hijau milik kakak ku yang tergantung di penjuru biliknya. Selesai sahaja anak buahku tidur, aku ambil tudung labuh itu dan memakainya. Aku melihat di depan cermin. Subhanallah. Aku melihat diriku sangat perlukan tudung ini sebagai pelindung. Aku terkedu lalu menangis. Ya Allah, kalau inilah yang Engkau rancangkan untukku, permudahkanlah langkah ku dalam perjalanan menjadi seorang muslimah sejati kelak. Aminnnn!

Secara jujurnya, aku bukanlah seorang muslim yang baik, tapi aku ingin menjadi baik dengan izinNya pasti. Selepas kesedaran itu, setiap hari yang aku lalui seperti mengajak ku untuk yakin menggunakan tudung labuh itu. Aku log in account Facebook ku, 1st status yang aku lihat berkenaan wanita yang solehah. Ia makin menguatkan aku untuk teruskan niat suci ini.
Aku teruskan pencarian artikel tentang aurat, wanita solehah dan khususnya tips permulaan untuk menggunakan tudung labuh. Keyakinan ku bertambah dengan sebuah hadis yang mengatakan, seorang ayah boleh menjadi lelaki dayus sekiranya melihat saja anaknya tidak menutup aurat, something like that. Aku terkedu. Ya Allah, mana mungkin aku sanggup sekiranya ayahku terpaksa undurkan kaki bila dirinya layak ke JannahMu. Aku tidak sanggup. Aku mahu dia merasakan nikmat JannahMu dengan amalan dan redhaMu. Aminn!

Dengan keyakinan dan pertolongan Allah, aku kuatkan diri juga menggunakan tudung labuh untuk pertama kalinya. Pada masa itu ialah hari pertama peperiksaan akhir semester 1. Banyak yang bermain di fikiran tapi semua berjaya aku hadapi dengan mengingati Allah SWT sahaja. Ada yang menyindir, memuji, tidak kurang juga yang memandang serong. Namun aku kuatkan diri juga, kerana aku tahu hari itu akan berlalu tapi tidak azab yang menanti di sana. Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah untuk kekuatan ini.
Hari kedua menggunakannya, aku semakin selesa. Seorang kawanku bertanya, kalau-kalau aku berasa panas dengan stoking tangan dan kaki. Ingin aku katakan, azab di sana lagi panas tiada lawannya, namun demi menjaga hatinya aku simpankan sahaja di dalam hati. Aku hanya tersenyum dan berdoa, semoga kelak dia juga mendapat hidayah yang manis ini, aminn.

Dulu sebelum menggunakan tudung labuh, aku hanya solat fardhu sahaja, dan kadang-kadang tertinggal solat Subuh. Alhamdulillah, tudung ini sangat memberi inspirasi untuk sesuaikan penampilan dengan ibadah. Aku mula mencari artikel tentang solat sunat, zikir-zikir, menghafal doa iftitah semula, puasa yang sunat boleh dilakukan. Dan aku mula berjinak-jinak dengan dakwah di FB, twitter dan juga blog khususnya. Walaupun bukan berilmu sangat, aku tertarik dengan ayat ini, ‘’ sampaikanlah walau sepotong ayat ’’ dan juga ‘’ bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu ‘’ . Aku pegang kata-kata ini, dakwah itu amanah. Walaupun sering di ejek oleh kawan-kawan di FB, aku ambil sebagai pembakar semangat sahaja. Aku Cuma tidak ingin dipersoalkan di akhirat kelak.

Kisah ini bukanlah untuk berbangga diri atau ingin mengatakan diri ini sudah cukup baik. Tapi ingin berkongsi sesuatu yang telah dirancangkan Allah SWT. Islam tidak menjanjikan mudah, tapi Islam menjanjikan Jannah. Sungguh, rancangan itu adalah terbaik untuk kita, let it flow dan berpegang pada janjiNya. Bila diri terasa lemah, sentiasa ingatkan diri dengan Jannah yang menanti. Anda pasti kuat. insyaAllah, Allah bersamamu sahabatku. Semoga kita semua dapat hidayahNya dan semoga Jannah milik kita kelak. Aminn. Doakan saya kuat dalam beristiqamah..

# Pendamba al Jannah


sumber :  http://myibrah.com/kisah-tudung-labuhku


~ yang dirindUii...~

 ~thaqif tomeii..~
 
~ thaqif~ abah~ mama~


abg~thaqif~kak nurul


~my family~



~tahniah abg...mabrukkk!! ~
akak...peace..:P



~konvokesyen UM..my big family~
~tahniah abg & mak sue fifah~


 
~rumahku syurgaku.~


Saturday, October 6, 2012

~How is your IMAN~




~Assalamua'laikum..apa khabar hati? Masihkah ia seperti embun? Menunduk tawadhu' di pucuk2 daun..Masihkah ia seperti karang? Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian..Apa Khabar IMAN? Masihkah ia seperti bintang? Terang Benderang menerangi kehidupan..Apa khabar sahibah & sahibi ku? Dimana pun kau berada...Semoga Allah sentiasa melindungi & menjaga serta memberi kesihatan kepadamu hari ini & untuk selamanya..Ameen~  ♥ ~(^_^)~ ♥


.:. Salam Mujahadah...Salam Ukhwah fIllah...hatta ila Jannah Allah .:.
>Allahumma Ameen Ya Rabbala'lameen<


Friday, October 5, 2012

~ Wanita & Rama-rama~


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
 
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
 
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
 
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
 
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
 
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
 
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
 
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
 
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
 
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
  http://farm4.static.flickr.com/3292/3155928814_a492f9954b.jpg?v=0
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
 
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang..

~ "Wanita tidak seharusnya menjadi bulan yang boleh ditatap semua, tetapi perlu menjadi matahari yang silaunya akan membuat Adam tertunduk sebelum memandangnya.."~

~ sEinDah HiaSaN AdaLah WaniTa SoLehah~



Thursday, October 4, 2012

~....aku....~


~ aku tetap TERtawa walau aku......
....sebenarnya ingin MENANGIS.....
aku tetap TERSENYUM walau aku....
....sebenarnya KECEWA....
aku tetap KUAT walau aku....
....sebenarnya SUDAH LEMAH....
aku tetap SEMANGAT walau aku....
TERTEKAN oleh masalah....
dan yang PENTING...
aku tetap SABAR dan memandang....
....semuanya baik sahaja....
walau sebenarnya hati aku sedang....
MERANA kerana aku tahu ALLAH.....
sentiasa disisi ku...~ 

~..kadang2 dalam perjalanan merentasi menujuNya yang 1..pelbagai dugaan yang menimpa..meratah keimanan kita 1 per 1…kadang2 terasa x mampu..kekadang mahu beralah..tapi ingatlah..di sana terselitnya kebahagiaan hakiki yang menanti..~

.:. hidup ini kembaranya ujian..datang & datang tanpa perhentian…hanya dengan keimanan kau mampu bertahan..jangan kau jatuh hari ini kerana hanya selepas mati baru ujian terhenti .:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...